22 November 2024

SELEPAS RUHAINIES, ALIFF AZIZ PULA : "JOM BERSELAWAT 1,000 KALI... JANGAN RASA PERLU TUNGGU JADI ORANG BAIK UNTUK SEBARKAN KEBAIKAN"



"Jom sama-sama kita lakukan amalan yang sangat ringkas tetapi memiliki fadilat sangat besar dengan berselawat sebanyak 1,000 kali setiap hari selama 40 hari tanpa henti.
"Selain berazam semoga Allah SWT mengizinkan kita beramal sehingga hari kita dijemput kembali kepada-Nya."

Itulah tulis penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dimana dia mengajak pengikutnya media sosial untuk terus berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Klik untuk gambar besar
Bukan sahaja berselawat demi mengambil keberkatan hari Jumaat, Aliff atau nama penuhnya, Mohamad Aliff Aziz, 33, turut berkongsi tentang ganjaran yang akan dimiliki setiap umat Islam sekiranya menjadikan perkara tersebut sebagai amalan.

Menerusi hantaran tersebut yang dimuat naik di Insta Story itu, penyanyi lagu 'Sayang Sayang' ini berpendapat, setiap individu perlu sentiasa berkongsi kebaikan dengan orang lain agar mendapat manfaat bersama.
Malah katanya lagi, niat untuk melakukan perkara yang baik juga tidak sepatutnya ditunda dan sentiasa memohon kepada Allah agar kebaikan tersebut diterima semua pihak.

"Jangan rasa perlu tunggu jadi orang baik untuk sebarkan kebaikan. Dengan sebarkan kebaikan kita minta Allah jadikan kita semua orang baik," ujarnya yang turut meletakkan ruang undian untuk para pengikutnya dengan memilih 'sedia' atau 'belum sedia' untuk melakukan amalan selawat tersebut.

Sebelum Aliff, pelakon Ruhainies juga pernah berkongsi hasrat murni dimana dia mahu menyempurnakan misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari, selain turut mengajak orang ramai sama-sama melakukan amalan tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: