25 November 2024
"KALAU SEKIRANYA BERLAKU APA-APA SEBELUM KE SANA (TUNAI UMRAH), SAYA REDA KERANA ITU KETENTUAN ALLAH" - KIERAN
"Elly Mazlein kata dia dah uruskan semua (taja umrah). Saya sihat saja, terus hubungi dia. Tak kisahlah bulan berapa pun. Tak pasti lagi situasi kans£r saya macam mana.
"Elly juga bercerita, dia ingat saya pernah temubual dia waktu dia belum popular. Dia kata, saya tak pandang dia sebagai orang baru pun dan layan dengan baik. Itu yang buat dia tak lupakan saya.
"Kalau sekiranya berlaku apa-apa (mas@lah lain atau ditakdirkan meninggal) sebelum ke sana (tunai umrah), saya reda kerana itu ketentuan Allah," tutur bekas penyampai radio, Kieran, 49, berhubung tawaran artis serba boleh, Elly Mazlein yang mahu menghadiahkannya pakej menunaikan umrah dan dia mengakui terk£jut apabila Elly menghubunginya bagi menawarkan peluang itu.
Jelas Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran, dia yang kini dalam fasa rawatan selepas disahkan menghidap kans£r pr0stat itu sudah berbual panjang lebar dengan Elly atau sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom dan dia diminta memaklumkan kepadanya sekiranya sudah sembuh dari kans£r.
"Saya dihubungi wartawan sebuah p0rtal yang bertanyakan impian saya dan saya jawab impian nak pergi umrah dan tunaikan haji. Ada banyak benda saya nak buat tapi lambat bertind@k hingga saya rasa meny£sal. Tiba-tiba Elly hubungi saya kata nak taja saya dan hanya mampu ucapkan Alhamdulillah. Tapi itu mungkin tahun depan kerana ada lagi proses rawatan saya kena lalui.
"Saya pun tak berjumpa lagi dengan dia. Mulanya Elly nak datang hospital untuk melawat saya. Dua kali rancang nak datang tapi tak jadi sebab anak dia tak sihat," katanya yang berterima kasih kepada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantunya mengurangkan b£ban ditanggungnya apabila memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kelmarin.
Mengenai sumbangan yang diterimanya, Kieran berterima kasih kepada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu mengurangkan b£ban ditanggungnya apabila menyumbang sebanyak RM5,000.
Terdahulu, Kieran dimasukkan di Hospital Kuala Lumpur awal Oktober lalu selepas disahkan menghidap kans£r pr0stat yang mula mer£bak ke bahagian perut dan paru.
Difahamkan, Kieran perlu menjalani kem0terapi sebanyak empat pusingan dan kini sudah selesai melakukan dua pusingan rawatan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment