12 November 2024
LAN PET PET : "SEBELUM TUTUP MATA, SAYA INGIN CUBA NASIB DALAM ASIA'S GOT TALENT"
"Saya hendak jadi seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang diangkat sebagai Penghibur No 1 Asia. Sebelum tutup mata, saya ingin cuba nasib dalam Asia's Got Talent."
Demikian ujar anggota Senario, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 55, dimana dia menyimpan hasrat menyertai program realiti antarabangsa, Asia's Got Talent.
Akui Lan, ketika mula diperkenalkan pada 2015, dia bercita-cita menyertai program realiti itu, namun hasrat tersebut belum dapat ditunaikan dan seandainya program itu diterbitkan, dia tidak teragak-agak mencuba nasib, kali ini.
"Pada 2015, saya hampir sertai, namun, saya tiba lewat di tempat uji bakat. Uji bakat ditutup jam 6 petang. Saya tiba lewat. Kali ini, saya mahu tunjukkan bakat istimewa di mana saya boleh menghasilkan pelbagai bunyi melalui mulut.
"Saya akan buat yang terbaik untuk menaikkan nama Malaysia," jelas Lan yang memberitahu, tiada apa lagi yang mahu dikejar, selain mencari keredaan Ilahi selepas sudah tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni.
Banyak pengalaman pahit manis dan j@tuh bangun sudah dilalui Senario dan kenangan paling manis apabila diangkat Artis Komedi Popular pada ABPBH Ke-36, bulan lalu.
"Kami tidak sangka masih ada peminat sudi undi Senario. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Walaupun gembira atas kemenangan itu, namun, jujurnya, saya amat t@kut dengan pujian. Sebab itulah ketika ambil trofi, saya ajak peminat di auditorium berselawat.
"Sekarang, saya hendak cari jalan ke akhirat. Saya mahu dekatkan diri dengan Allah dan Nabi Muhammad SAW. Atas alasan itu, saya mahu berhijrah ke Madinah jika diizinkan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment