23 November 2024

LUPAKAN SENGK£TA & ERATKAN UKHWAH - YUSOF HASLAM & ISTERI RANCANG BAWA SYAMSUL BERCUTI BERSAMA KELUARGA KE EROPAH



"Tidak ingat bila kali terakhir kami bercuti bersama. Kalau tidak silap, sebelum C0V1D, kami ada bercuti di London, United Kingdom (UK). Dalam keluarga, ibu paling teruja. Ibu yang merancang percutian ini. Ibu tahu saya dan abang sibuk dengan 'shooting' tahun ini. Jadi, percutian itu dibawa ke tahun depan.
"Setiap tahun ibu akan cari masa kumpulkan keluarga untuk bercuti, angkat beg sama-sama macam keluarga yang lain," jelas adik kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Syafiq dimana dia berkongsi perancangan keluarga mereka yang merancang bercuti ke Eropah, tahun depan.

Pemilik empayar Skop Productions, Datuk Yusof Haslam dan keluarga termasuk anak sulung, Syamsul merancang percutian itu, sekali gus melupakan sengketa dan mengeratkan ukhwah.

Kata Syafiq, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail bertanggungjawab menjadi 'mastermind' dalam merancang percutian itu, selain berkata, dia gembira hubungan Syamsul dengan ayah dan ibu kembali jernih, malah kini semakin kerap pulang ke rumah dan mereka pernah berjumpa beberapa kali.

"Alhamdulillah, hubungan abang dengan ayah dan ibu sangat baik sekarang. Saya harapkan yang terbaik saja. Bagi saya, biasalah kalau ada gaduh-gaduh dalam keluarga. Lama-kelamaan mesti akan berbaik. Itu adalah lumrah dan saya yakin, tiada keluarga yang tidak bergaduh.

Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya, apabila kita berbaik selepas bergaduh, kita akan lebih fahami suatu sama lain," ujar Syafiq yang turut menjawab bila kali terakhir bertemu dengan abangnya, dimana katanya, Syamsul ada pulang ke rumah menikmati masakan ibu.

"Saya sudah banyak kali jumpa abang. Dia balik ke rumah untuk makan-makan bersama keluarga. Ini adalah satu pengakhiran yang sangat baik. Saya harap dapat bertahan untuk selama-lamanya," tuturnya.

Sebelum ini, Syamsul dikatakan tidak pulang ke rumah ibu bapa selepas mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar, sebelum bercerai pada 5 September lalu dengan talak satu selepas 21 bulan berkahwin.

Kemudian, Syamsul yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, pelakon Puteri Sarah Liyana itu dilaporkan pulang ke rumah keluarga, kira-kira seminggu selepas bercerai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: