27 November 2024
MAJLIS PERKAHWINAN BEKAS ISTERI - JOVIAN MANDAGIE MINTA MAAF TAK DAPAT HADIR : "PERPISAHAN BUKAN PENGAKHIRAN TETAPI PERMULAAN"
Semua sedia maklum mengenai bekas isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri dimana dia telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman yang merupakan kawan baiknya, Ahad lalu.
Berhubung itu, Jovian menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, dilihat ada memuat naik hantaran mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta mendoakan yang terbaik buat mereka.
Dalam masa sama, Jovian turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan Nina bersama suami barunya.
Klik untuk gambar besar
"Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat," tulisnya.
Selain itu, melihat pada perkongsian lain pula, Jovian berkata, perpisahan bukan pengakhiran tetapi permulaan untuk mencari kebahagiaan serta sesuatu yang lebih indah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment