13 November 2024

"MASA AWAL HAMIL, SAYA SUKA MAKAN NASI KANDAR & NASI KUKUS" - MARYAM DEDAH BAKAL BERSALIN FEBRUARI, KONGSI TARIKH SAMA DENGAN ANAK KEDUA



"Sekarang ini sebenarnya saya hamil sudah tujuh bulan. Saya dijangka bersalin pada Februari nanti. Mungkin ulang tahun saya dan anak kedua ini akan sama."
Itulah kongsi pemp£ngaruh media sosi@l, Maryam You Narae, dimana isteri kepada Ryzal Ibrahim itu mendedahkan, dia kini sudah pun berada di trimester ketiga kehamilannya dan berkemungkinan bakal berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak kedua iaitu sekitar Februari tahun depan.

"Saya pernah keguguran, buat saya t@kut nak beritahu awal-awal. Jadi kami pilih untuk rahsiakan dulu. Kali ini pun di awal kehamilan ada pendar@han, itu yang buat saya lebih berhati-hati.

Klik untuk gambar besar
"Bila doktor kata semuanya sihat baru saya kongsikan kepada orang ramai," jelas Maryam lagi yang juga kini lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan setiap hari kerana dia juga turut mengalami beberapa k0mplikasi.

"Doktor kata gula dalam dar@h saya agak tinggi berbanding sebelum ini. Saya tak ada mas@lah itu semasa hamilkan Rina. Jadi sekarang hari-hari saya periksa keadaan gula dalam dar@h sendiri dan jaga pemakanan saya.
"Hamil kali ini, al@han saya tak t£ruk dalam tiga bulan sudah hilang. Cuma masa awal hamil, saya suka makan Nasi Kandar dan Nasi Kukus. Sebelum ini saya tak suka kari. Itu semua makanan kesukaan Ryzal tapi bila mengandung tiba-tiba rasa nak cuba," jelas Maryam atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi.

Pada 2 November lalu, Maryam dan Ryzal atau nama penuhnya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, memaklumkan, mereka bakal menimang cahaya mata kedua mereka selepas mendirikan rumahtangga pada 15 Ogos 2019.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nik You Rina yang kini berusia tiga tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: