06 November 2024
MENJELANG KONSERT - EZAD LAZIM BERDEPAN UJ1AN, ALAMI BATUK BERKAH4K YANG T£RUK AKIB4T SINUS
"Saya ada sinus dah lama. Saya pergi rujuk pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) kelmarin dan nampak perkara ini makin s£rius. Ikutkan dari dulu saya sepatutnya dah kena b£dah tapi terb@ntut kerana tiada masa dengan komitmen nyanyian.
"Boleh dikatakan sinus saya tahap tiga dari lima dan boleh dikira masih boleh lagi. Tapi kadang-kadang bila jadi macam ini mas@lahnya membabitkan pernafasan, suara dan kah@k berterusan.
"Memang boleh menyanyi tapi saya sebagai penyanyi akui, kalau saya buat persembahan dan saya tak boleh menyanyi, tapi saya pergi menyanyi juga hanya untuk terpaksa, saya ada rasa tak puas hati."
Demikian kata penyanyi Exists, Ezad Lazim dimana dia berdepan uj1an apabila mengalami mas@lah kesihatan menjelang Konsert Battle Of Time Exists X Masdo yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, Ahad ini.
Jelas Ezad yang bersama Exists sejak 1995, dia mengalami batuk berkah@k yang t£ruk akib@t sinus sebulan lalu hingga menjejaskan kualiti suaranya, selain berkata, peminat membayar untuk melihat apa persembahan terbaik yang dapat diberikannya.
"Apabila tak dapat bagi yang terbaik, saya rasa tak puas hati. Rasa macam tak ikhlas menyanyi. Setengah orang rasa tak kisah saya dah datang dan mereka dah okey, tapi sebagai penyanyi saya rasa saya perlu lakukan sesuatu untuk bagi kepuasan.
"Tapi perkara ini berbalik kepada uj1an Tuhan. Ini dug@an saya. Untuk minggu ini doktor sarankan supaya rehat secukupnya. Ikutkan ada banyak persembahan tapi terpaksa tolak dengan berikan alasan s@kit dan mereka memahaminya.
"Harapan saya agar dapat beraksi walau bukan 100 peratus, sekitar 80 peratus pun dah ok. Semangat itu ada cuma tengok bagaimana situasinya. Setengah orang kalau 'sing a long' dah enjoy, dah ok. Tapi saya kurang puas hati.
"Saya dah berbincang dengan isteri. Jadual tahun ini dah padat. Apapun tahun depan akan buat juga. Moga urusan ini dipermudahkan," ujarnya yang akan menggunakan pengalaman menyanyi yang ada untuk memberikan kepuasan kepada peminat yang hadir nanti.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment