19 November 2024
"PALING MENYEDIHKAN DALAM HIDUP INI, IAITU SAYA TIDAK MAMPU MEMILIKI ANAK SENDIRI" - MICHELLE YEOH
Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 62, yang menjulang trofi Aktres Terbaik Oscar, baru-baru ini telah berkongsi kekec£waannya, dimana hakikat dirinya tidak berupaya hamil dan ia sesuatu yang dianggap paling menyedihkan dalam hidupnya.
"Barangkali ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri. Saya sudah melakukan apa yang termampu namun, kadang kala ia tidak mencukupi," luah teraju filem 'Tomorrow Never Dies' itu ketika ditemubual The Sunday Times.
Jelas Michelle lagi, dia menyedari dirinya tidak mampu hamil sepanjang mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Dickson Poon selama lima tahun pada 1988 hingga 1992.
Klik untuk gambar besar
Lapor AsiaOne, walaupun tidak mampu melahirkan zuriat, Michelle menjadi ibu angkat kepada enam anak termasuk anak perempuan Poon.
Dalam pada itu, Michelle mengakui, faktor gag@l mendapatkan zuriat menyebabkan rumah tangga dengan Poon musn@h, namun begitu, hidupnya bermakna kerana memiliki enam anak angkat termasuk anak saudara yang ramai.
Ketika ditemuramah The Goop P0dcast, Michelle memberitahu, dia dan bekas suaminya berusaha gigih, malah Poon memang mahukan keluarga yang besar.
Disamping itu, Michelle yang berkahwin dengan Jean Todt pada tahun lalu, turut merenung kerjayanya sebagai pelakon terbilang, dimana dia mengimb@ngi hidup antara profesion dan tanggungjawab sebagai ibu pasti mencab@r.
"Saya tidak tahu bagaimana wanita yang dalam profesion sama seperti saya bergelut dengan berbadan dua, memiliki anak dan kembali bekerja. Saya tidak mampu buat banyak perkara dalam satu masa," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment