18 November 2024
"PANGGILAN 'IWAN DANGDUT' ITU TETAP MELEKAT SAMPAI SEKARANG... SAYA OKAY SAJA..." - IWAN SYAHMAN
"Walaupun sudah 14 tahun saya berhijrah ke jalan Allah, tapi panggilan 'Iwan dangdut' itu tetap melekat sampai sekarang. Ke mana saja saya hadir untuk berceramah, mesti ada orang yang panggil nama itu (Iwan dangdut).
"Saya okay saja dan biarlah kalau orang nak terus panggil 'Iwan dangdut' pun. Saya tidak mar@h atau pun ter@sa hati sebab dulu pada tahun 1991 memang saya pernah menyanyikan lagu-lagu dangdut.
"Lagi pula, mereka hanya panggil saya 'Iwan dangdut' saja. Masih ada nama dan bukan tidak beradab langsung. Bagi saya, itu hak masing-masinglah nak panggil Iwan Syahman ke atau Iwan dangdut. Orangnya tetap sama, cuma nama berbeza."
Ujar komposer dan penyanyi lagu kerohanian, Iwan Syahman, 63, dimana dia tidak kisah dipanggil 'Iwan dangdut' apabila panggilan itu sehingga kini masih lagi terus melekat meskipun sudah tukar nama pentas
Dalam pada itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Memori Daun Pisang', 'Cinta Tak Keruan' dan 'Wulan' ini berkata, apa yang penting baginya selagi masih hidup, adalah memperbanyakkan amal ibadat, bersedekah dan aktif berdakwah ke jalan Allah, apatah lagi kita selaku umat di akhir zaman.
"Apapun, sekarang ini saya sudah tidak menciptakan lagu untuk penyanyi wanita sebab suara mereka tetap aurat yang perlu dijaga dan saya mengikut apa yang diperintahkan agama. Walaupun masih aktif dalam penciptaan lagu, tetapi saya lebih menjurus kepada karya lagu kerohanian dan nasyid memuji Allah.
"Lagu yang berunsur cinta manusia, saya memang sudah 'cuci tangan' tak buat lagi," tutur Iwan yang sebelum ini memaklumkan, dia amat bersyukur apabila dikurniakan hidayah untuk berubah kembali ke jalan Allah ketika berusia 49 tahun dan membuat jiwanya tenang.
Pada 1987, Iwan pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Ramada Agus Putra, Octovia Manrose dan Aprena Manrose.
Kini, Iwan yang berkahwin dengan Evie Surriyanti berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia sejak 12 tahun lalu, bahagia bersama enam cahaya mata berusia antara lima hingga 15 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment