24 November 2024

"PARUT INI SAYA 'DAPAT' MASA UMUR LIMA TAHUN... INI ADALAH SATU 'MARKAH'..." - JAY ISWAZIR TIDAK BERHASRAT B£DAH HILANGKAN PARUT DI WAJAHNYA



"Masa saya masuk program Pilih Kasih dulu, Datuk Rosyam Nor (penerbit Pilih Kasih) tertarik dengan perwatakan saya kerana parut ini. Ketika itu undian diperlukan untuk saya layak masuk ke Pilih Kasih.
"Datuk adalah sal@h seorang yang mengangkat tangan untuk bawa saya ke situ. Dia kata saya ada bakat yang yang perlu ditonjolkan. Kiranya, Allah gerakkan hati dia untuk ambil saya.

"Saya tak menafikan ada juga orang yang bagi cadangan, tapi saya dah biasa dengan parut ini sebab saya 'dapat' masa umur lima tahun."

Demikian ujar pelakon Jay Iswazir, 42, dimana dia tidak sesekali berhasrat melakukan pemb£dahan kosm£tik bagi menghilangkan parut di wajahnya kerana ia mempunyai sejarah tersendiri yang membawanya ke dalam industri seni lakon tanah air.

Mula mencur1 tumpuan penonton menerusi rancangan 'Bang Bang Boom' yang berkonsep 'prank', Jay dalam pada itu turut mengulas, dia membesar dengan parut ini dan tidak menganggap kecac@tan, sebaliknya perkara semula jadi.

"Kalau ia berlaku empat tahun lalu, mungkin saya berfikir juga untuk buat sesuatu. Tapi sekarang Alhamdulillah saya selesa saja. Saya masih tidak terg@nggu dengan parut ini. Bagi saya daripada segi 'mark£ting' (pemasaran) pun, ini adalah satu 'markah' untuk saya cipta kelainan lain daripada yang lain," katanya.

Sebelum ini, Jay telah menarik perhatian apabila dia bercerai dengan isterinya, Azzahra Ahmad dan berita itu disahkan bekas isterinya di Instagram pada 2 November lalu.

Bagaimanapun, Jay enggan mendedahkan punca perceraian mereka dan menghormati keputusan isterinya mendedahkan perkara itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: