05 November 2024
"SAYA BUAT APA JUGA SHOW YANG BAYAR SAYA BERK£PUK-K£PUK... SAYA BUAT ITU ADA BAT4SNYA" - AZWAN ALI TAK KISAH KENA KEC4M
Aksi pelakon dan pengacara sensasi, Azwan Ali yang menyanyikan lagu 'Perawan atau Janda' di sebuah pusat karaoke baru-baru ini telah menc£tuskan pelbagai respons dalam kalangan warganet selepas tular berpakaian dan bersolek seperti wanita ketika menghadiri sebuah acara.
Bagaimanapun, Azwan atau Diva AA berkata, dia tidak kisah dengan kecaman dan tohmahan yang diterima, sebaliknya memberitahu, itu juga merupakan sebahagian daripada sumber pendapatannya terkini untuk terus kekal menjadi penghibur setelah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen.
"Itu majlis tertutup, bukan untuk mana-mana stesen televisyen (TV), itu saya punya pasal. Kepada yang mengecam itu, muhasabahlah sebab aku yang kaya raya.
"Nak kata saya 'memondan' walaupun sudah berusia, pergi jaga kubur emak kau. Saya buat apa juga show yang bayar saya 'berkepuk-kepuk'. Tak kisahlah jika dikecam atau apa, sikit pun saya tak hairan.
"Itu takkan menggugat semangat saya untuk menjadi seorang penghibur. Saya buat itu ada batasnya. Kau tak ada hak untuk kecam sebab itu majlis tertutup. Viral atau tidak itu bukan masalah saya.
"Saya sedar perkara itu malam tadi (kelmarin). Saya hanya ketawa berd£kah saja sebab tak menjejaskan semangat saya. Saya hanya menjadi diri saya. Saya pun dah lama tak keluar TV. Tidak ada stesen TV yang panggil saya. Jadi, mereka yang rindukan saya bayar saya untuk majlis tersebut.
"Pendapatan saya sekarang berdasarkan ulasan produk, private show dan podcast berbayar. Bila timbul isu artis veteran dibayar ciput, saya jadi pelik. Yang penting kita kena pandai bawa diri.
"Saya anggap itulah rahmat menjadi Diva AA yang semakin meningkat sokongannya. Rezeki itu dari Allah dan saya rasa itulah rezeki terbaharu saya. Tak perlu kecam, itu rezeki orang dan cara saya buat duit.
"Tetamu yang hadir ke majlis itu tiada masalah dan terhibur dengan persembahan saya. Bahkan penganjur majlis itu juga membawa ibunya ke majlis tersebut dan ibunya terhibur. Saya bersyukur mereka terima persembahan itu yang lebih kepada hiburan.
"Saya buat itu juga berpada-pada, cuma pakaian dan make up itu ditaja. Itu juga pertama kali saya berpakaian seperti wanita. Saya tak pernah buat perkara itu dalam kerjaya saya.
"Saya buat sebab itu dibayar dan untuk majlis tertutup. Tak sangka pula viral. Saya terkejut sambutan itu masih diluar jangkaan dan meningkat walaupun saya sudah lama tidak muncul di kaca TV," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment