"Hari ini (Khamis), mummy (panggilan Watie) puasa sunat katanya, bila ditanya eh kenapa puasa sunat? Diet ke? Mummy jawab, taklah puasa sunat nak minta dekat Allah semoga dipermudahkan urusan suami saya hari ini. Terima kasih selalu ada dengan daddy (panggilan Shuib)."
Demikian kata pelawak dan usahawan Shuib menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Khamis, dimana dia memberitahu isterinya iaitu Watie Hanifiah atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menunaikan puasa sunat dengan niat memohon agar urusannya dipermudahkan.
Dalam hantaran itu, Shuib turut berkongsi foto bersama Watie di perkarangan mahkamah selepas dia dan pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan berdepan enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta pada tahun lalu.
Dalam pada itu, Shuib yang mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor, hari ini, turut meluahkan rasa syukur kerana ditemani isterinya, selain menganggap segala yang berlaku adalah sebagai pengajaran hidupnya.
Klik untuk gambar besar
Mengikut pertuduhan, Shuib dan pengarah syarikat Bubblebee itu didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor.
Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibaca bersama Seksyen 78 akta sama dan boleh dihukvm bawah seksyen dan akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.
Malah di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 kepada Ketua Pengarah Kastam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment