14 November 2024
TAHNIAH - SITI NURHALIZA KINI BIDUANITA NEGARA
"Kepada Allah SWT saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan kurniaan bakat, saya berpeluang memanfaatkannya untuk memberi nilai-nilai positif, inspirasi dan pengaruh yang baik.
"Seni juga menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara. Saya berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga, dihargai kerana inilah warisan yang kita ada dan perlu dipelihara.
"Dalam meraikan detik paling manis dan bermakna ini, ingatan saya tertoleh kembali mengingatkan bait-bait kata ayah saya, Allahyarham Tarudin Ismail yang sering mengibaratkan saya seperti bunga melur iaitu lagu kegemaran arwah.
"Ibarat gadis desa bunga melur, sederhana... Walau kering tak bercahaya bunga melur... Baumu memikat jiwa..."
Klik untuk gambar besar
"Saya sentiasa mengingatkan diri, setiap kali meraih sesuatu kejayaan, rezeki ini adalah berkat doa dan sokongan semua pihak yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seni saya yang kini sudah mencecah 29 tahun ini.
"Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus khususnya kepada orang-orang terdekat saya iaitu suami, anak-anak, ibu, arwah bapa, kaum keluarga, pengurusan, petugas dan kakitangan.
"Tidak ketinggalan, rasa terima kasih kepada syarikat-syarikat rakaman serta semua penerbit, komposer dan penulis lirik yang pernah terlibat dalam kerja-kerja penerbitan album saya selama ini.
"Penghargaan juga buat semua sahabat-sahabat media di semua platform yang setia memberi sokongankepada karier saya selama ini.
"Tidak dilupa buat peminat-peminat tersayang dan pencinta muzik di seluruh rantau ini serta semuayang telah mendukung kerjaya saya selama ini. Tanpa penglibatan anda semua, pencapaian ini tidak mungkin dapat saya kecap."
Itulah tutur penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dimana beliau menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 pada Rabu.
Dalam majlis tersebut, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia berkenan menyampaikan anugerah itu, sekali gus anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment