24 November 2024
TAK MAMPU BEKERJA LAGI KERANA S4KIT - PENYANYI 80-AN, SHEQAL SEBAK TERIMA SUMBANGAN
Penyanyi yang terkenal dengan irama nusantara pada era 1980-an iaitu Sheqal tidak dapat menahan sebak sebaik menerima sumbangan wang tunai RM5,000 pada majlis Sumbangsih Pekema Prihatin di sini, semalam.
Sheqal atau nama sebenarnya, Shahrin Salehuddin, 59, yang popular dengan lagu 'Cinta Nusantara' itu berterima kasih kepada pihak yang sudi menghulur sumbangan ketika dirinya berdepan kesuk@ran hidup.
"Sebenarnya, dahulu kita tolong orang, sekarang, orang bantu kita pula. Saya sedih. Terima kasih kepada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu artis termasuk saya yang dianggap sudah 'expired'.
"Terima kasih kepada penderma yang sudah banyak membantu artis. Sekurang-kurangnya, apa yang kami tanggung tidak memb£bankan. Saya bersyukur ramai rakan artis membantu. Malah, ada yang dari Kuala Lumpur datang ke Seremban, Negeri Sembilan menziarahi saya. Wartawan pun ramai yang datang," tuturnya.
Selain Sheqal, kira-kira 30 artis termasuk pelakon, penyanyi, pengarah dan penyampai radio menerima sumbangan masing-masing dalam majlis Sumbangsih Pekema Prihatin yang dianjurkan Yayasan Pekema dengan kerjasama Karyawan di sebuah hotel, di sini.
"Saya juga menghidap peny@kit buah pinggang, kena angin ahmar empat kali dan sebelum ini, percakapan saya tidak jelas... Sekarang baru boleh bercakap. Saya alami semua ini selama lima tahun. Sekarang saja boleh bercakap selepas mendapat rawatan di Muar, Johor. Karyawan yang menghantar saya mendapatkan rawatan di sana. "Dahulu, saya terlantar sahaja, tidak boleh berdiri. Sekarang, Alhamdulillah, semakin baik," kata Sheqal yang turut menjelaskan, dia sudah tidak mampu bekerja sejak dis£rang angin ahmar, tahun lalu. "Dahulu saya ada bisnes. Jadi, tidaklah rasa terb£ban. Sekarang, sudah tidak berniaga sejak s@kit. Saya menulis untuk terus berkarya. Saya tumpahkan hasil seni dalam bentuk buku dan lukisan. Biasanya, saya menulis selepas solat Tahajud dan Dhuha... Inilah cara saya lupakan s@kit buat seketika," ujarnya. Antara yang menerima sumbangan adalah Datuk Sarimah Ahmad; Datuk Jefrydin; Datuk Andre Goh; Zaiton Sameon; Shuib Freedom; Mariam Ahmad; Norlia Ghani; Ali XPDC; Isma Alif; Shima; Sazali P Ramlee; Shasha Rohaizad; Nas Ahmad; Alfred Ho; Roy dan Zul Mahat. Turut dibantu Sathiya; Yus Barat; M Jamil; Sofia Ibrahim; Mak Wan; DR Sam; Mak Jah; Kieran; Ebby Yus; Harun Hashim; Ruslan Salleh; Murali Abdullah dan Zaleha Hamid.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment