02 November 2024

"TIDAK PERLU BERI NASIHAT KEPADA DUDA-DUDA LAIN CARA JAGA ISTERI" - FAZLEY YAAKOB



"Kepada suami-suami yang masih berkahwin. Tidak perlu memberi nasihat kepada duda-duda lain mengenai cara menjaga isteri. Nasihat saya, jagalah isteri sendiri. Tidak perlu menjadi Pak Maon untuk menyuruh orang lain menguatkan agama, dah macam ustaz skib1di bomb0m.
"Dan tidak perlu menjadi penceramah motivasi yang memberikan 88 tip kebahagiaan rumah tangga. Setiap perceraian pasti sudah difikir masak-masak sehingga keputusan dibuat dengan teliti."

Demikian kata penyanyi Datuk Fazley Yaakob dimana dia meminta agar suami-suami yang masih berkahwin supaya tidak memberikan nasihat kepada duda-duda mengenai cara menjaga isteri.

Fazley menerusi hantaran di Instagram, men£gaskan bahawa setiap perceraian adalah berdasarkan keputusan yang dibuat semasak-masaknya, selain memohon meberikan ruang kepada mereka yang sudah bergelar duda.

"Sudah menjadi suratan atau kebetulan ramai pula yang bercerai tahun ini. Berikan sedikit ruang kepada duda-dua juga, ya," tulisnya yang sebelum ini mengumumkan mengenai perceraian dengan bekas isteri, Azrene Ahmad menerusi hantaran di media sosialnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: