10 December 2024
ADA LEBIHAN CECAIR - KIERAN PERLU JALANI PEMBEDAHAN, SEBELUM SAMBUNG SEMULA KEMOTERAPI
"Saya baru lepas pusingan ketiga kemoterapi pada Ahad dua minggu lalu. Saya dah keluar dari hospital dan tiba-tiba, testis sebelah kiri saya bengkak. Jadi, Isnin minggu lepas, saya datang semula ke hospital.
"Doktor buat pemeriksaan dan awalnya, dia ingatkan angin pasang atau hernia, tapi bukan. Kemudian, dijalankan ujian ultrasound dan sebagainya dan disahkan bukan hernia. Macam ada cairan masuk ke situ.
"Tak tahulah sama ada terbocor atau kesan daripada kemoterapi atau apa. Jadi, selepas pemeriksaan, doktor buat keputusan untuk buang cecair itu dahulu sebab itu lebih selamat untuk kemoterapi sebab saya ada satu pusingan lagi nak sambung."
Itulah jelas bekas penyampai radio, Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran, 49, yang memaklumkan, dia bakal menjalani pembedahan membuang lebihan cairan di bahagian testis yang membengkak sejak Isnin minggu lalu.
Kata Kieran, doktor pada awalnya menjangkakan bahawa itu disebabkan angin pasang atau hernia, namun selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, wujud cairan.
Kongsinya lagi, sebelum menjalani pembedahan, pakar kanser yang merawatnya meminta dia berehat dahulu dan keputusan itu adalah yang terbaik bagi memastikannya dapat meneruskan rawatan kem0terapi.
"Selepas berbincang dengan pakar kanser, dia cakap selesaikan itu dahulu dan rehat. Selepas pembedahan membuang cecair itu, barulah sambung semula kemoterapi.
"Jadi, saya kenalah lalui satu pembedahan esok untuk mengeluarkan lebihan cecair yang saya tak tahu apa di dalamnya," katanya yang sebelum ini dilaporkan menghidap kanser prostat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment