"Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita (Che Ta). Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama.
"Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk. Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi."
Demikian kata seorang peguam wanita yang enggan dikenali mewakili Majlis Amanah Rakyat (Mara) dimana dia menjelaskan, selain penilaian harga barangan, pihaknya turut menyerahkan writ kepada ibu Rozita Che Wan kerana pelakon berusia 51 tahun itu tiada di rumah.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya dari mahkamah untuk melakukan proses lelongan yang dijangka dalam masa dua minggu lagi, selain berkata, apa-apa proses rundingan selepas ini perlulah melalui mahkamah.
"Buat masa ini kita akan tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah
"Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kita tunggu surat selanjutnya dari mahkamah," jelasnya yang tidak menafikan jumlah hutang pelakon itu hampir RM1 juta.
Sementara itu, anak sulung kepada Che Ta iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di perkarangan kediaman ibunya bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berkaitan penyitaan itu.
Terdahulu, pihak Mara bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan s£rbuah ke kediaman Che Ta di Kota Damansara selepas pelakon '4 Madu' itu gagal melunaskan hutangan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment