17 December 2024
AL-FATIHAH - DIN LELA DIJEMPUT ILAHI, SELAMAT DIKEBUMIKAN
Takziah diucapkan kepada keluarga pemain gitar kumpulan rock Lela, Mohamad Salehuddin Omar atas pemergiannya yang meninggal dunia pada jam 2.25 pagi semalam di Hospital Melaka akib@t s£mput.
Jenazah Allahyarham telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kemang, Kampung Limbongan, Melaka selepas solat Zohor, hari ini.
"Menurut anaknya, arwah mengalami s£sak nafas di rumah dan dikejarkan ke hospital dan menghembuskan nafas terakhir di Unit Kec£masan Hospital Melaka. Jenazah kemudian dibawa balik ke kediamannya di Kampung Kolam dan dimandi dan dikapan di Masjid Al Ehsan Kampung Limbongan.
"Solat jenazah diimamkan oleh anak bongsu yang juga anak lelaki tunggal arwah iaitu Muhamad Naufal Syadanish, 18," kata Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka yang juga Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Tertinggi Karyawan Malaysia, Datuk Zainal Abu Bakar.
Arwah Salehuddin, 54, atau sinonim dengan panggilan Din Lela turut meninggalkan seorang balu dan lima anak perempuan.
Sementara itu, Zainal berkata, selain menziarahi jenazah, kehadirannya juga mewakili Karyawan bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga Salehuddin.
Arwah memulakan kerjaya pemuzik sebagai pemain gitar dan kemudian mengetuai kumpulan Lela yang bernaung di bawah syarikat rakaman NSR.
Lagu-lagu popular mereka antaranya ialah 'Bidadari' dan 'Sampai Bila'.
Selain Lela, Salehuddin juga pernah menjadi komposer untuk Datuk Nash, Putra dan banyak lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment