17 December 2024
DAKWAAN BURUKKAN ATU - SHARIF ZERO AKUI TIADA NIAT, SEKADAR KONGSI UNTUK JADIKAN INSPIRASI
"Saya hanya mahu kongsi pengalaman dia untuk dijadikan inspirasi. Kalau dia anggap ia menga1bkan, saya tidak boleh sal@hkannya. Dia berhak bersuara sebab saya bercakap mengenai kisahnya.
"Mungkin apa yang diperkatakan itu disal@h anggap. Saya minta maaf sekiranya terlepas cakap. Tak mungkin saya mahu memburukkan adik sendiri. Saya bangga dengan apa yang dia lalui sehingga berjaya sekarang ini."
Itulah jelas pelawak Sharif Zero, 34, yang mengakui dia tiada niat memburukkan adiknya, Atu selepas mendedahkan kisah hidup dia yang penuh dug@an sebelum ini.
Sharif atau nama sebenarnya, Sharif Kadir Dol Sharif berkata, dia berkongsi cerita itu adalah untuk memberi inspirasi dan memohon maaf kepada Atu jika kurang senang akan keterl@njurannya.
Terdahulu, Sharif mendedah Atu pernah melarikan diri daripada rumah dan hampir terj£rumus dad@h ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah rancangan p0dcast.
Susulan kenyataan itu, Atu dalam satu temu bual memberitahu, perkara itu tidak sepatutnya diceritakan dan apa yang berlaku memberi k£san kepada isterinya.
Bagaimanapun, ia tidak menj£jaskan hubungan Sharif dan Atu apabila mereka masih baik, selain mengakui, dia tidak patut buka cerita peribadi keluarga.
"Kami masih berhubung. Hubungan kami baik sahaja. Cuma mungkin selepas ini kisah keluarga tidak perlu diceritakan kepada orang, cukup antara kami sahaja," ujarnya yang juga menjelaskan, pendedahan itu pun pernah diceritakan Atu sebelum ini dan berhubung itu, dia tidak sangka akan menjadi isu pula.
"Sebelum ini okey sahaja kami 'membah@n' antara satu sama lain. Mungkin sebab dalam p0dcast itu hanya saya seorang dan bukan kami bertiga (bersama Atu dan Melati). Kadang-kala apa yang diperkatakan itu hanya lawak tetapi dianggap s£rius," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment