17 December 2024
DIANA DANIELLE : "KALAU DIA 'LEPASKAN' SAYA, SAYA AKAN GUGURKAN PERKARA INI (TUNTUTAN NAFKAH TERTUNGG4K)
Semua sedia maklum mengenai pelakon Diana Danielle dimana dia teg@s mahu bercerai, namun suaminya, pelakon Faid Kamil enggan 'melepaskannya'.
Berhubung itu, Diana memaklumkan, dia akan meneruskan dengan tuntutan nafkah selepas Farid menangguhkan perceraian mereka.
"Tind@kan seterusnya adalah, saya memutuskan untuk tuntutan nafkah saya kerana apabila dia memanjang dan memberatkan isu, saya rasa peluang yang saya beri ini, sia-sialah.
"Tuntutan nafkah itu adalah, tuntutan sebelum ini. Yang tertungg@k bertahun-tahun lalu. Bagi saya, tak perlu saya nak beritahu secara terperinci, cuma kekec£waan saya ini, saya akan luahkan dengan cara sepatutnya. Apa pun yang terlalu peribadi, biarlah kekal menjadi hal peribadi," katanya.
Bagaimanapun kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia sanggup menggugurkan tuntutan nafkah yang tertungg@k daripada Farid, sekiranya suaminya itu menceraikannya.
"Kalau dia 'lepaskan' saya, saya akan gugurkan perkara ini," tutur Diana ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.
Pagi semalam, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini memerintahkan Farid dan Diana melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin memerintahkan demikian susulan keengganan Farid melafazkan cerai terhadap Diana pada prosiding k£s permohonan perceraian mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment