17 December 2024
"HANYA SAYA YANG RASA, KASIH SAYANG (DIANA DANIELLE) ITU MASIH KUAT & BERTERUSAN..." - FARID KAMIL
"Perasaan sayang dan kasih sayang Diana pada saya, awak tak boleh rasa, hanya saya yang rasa. Kasih sayang itu masih kuat dan berterusan dan akan perjuangkan semua itu.
"Alhamdulillah, kasih sayang bukan boleh dijual beli. Cinta tak sus@h untuk dapat, tapi susah kalau dijual dan beli. Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat tuhan dalam perkahwinan.
"Pada saya, perkahwinan kami dirahmati dan saya akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan," ujar pelakon Farid Kamil dimana yakin bahawa rasa sayang dan cinta isterinya, pelakon Diana Danielle masih kuat dan hanya dia yang boleh merasakannya.
Kata Farid, dia sayangkan keluarganya serta melihat setiap peluang yang ada merupakan satu rahmat daripada Allah dalam perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Farid mengiyakan apabila ditanya adakah tiada siapa yang yang mampu menjaga dan menyayangi Diana sepertinya.
Difahamkan, dalam sebutan pertama pagi semalam, Farid enggan 'melepaskan' isterinya dan pasangan itu diperintah melantik wakil Jawatankasa Pendamai (JKP).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment