18 December 2024
MAHKAMAH JATUHKAN HUKUMAN PENJARA 7 TAHUN, 2 SEBATAN TERHADAP PU AZMAN
Mahkamah Sesyen Seremban semalam telah menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan terhadap pendakwah selebriti, PU Azman atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dua tahun lalu.
Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas Azman mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut.
Hukvman itu dijatuhi mahkamah dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kepentingan awam melebihi faktor kepentingan tertuduh sendiri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap dua mangsa lelaki berusia 16 dan 17 tahun di rumah di Nilai antara 8.30 malam hingga 5 pagi pada 5 Februari 2022 dan 6 Julai 2022.
Peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah ketika rayuan memberitahu, anak guam mereka seorang duda dan bergelar pendakwah selebriti dengan pendapatan diperoleh hasil berkongsi ilmu agama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment