18 December 2024
KES JENAYAH ARTIS - CHE TA TAK SETUJU IA DISEBARKAN
"Penting sangat ke nak sebar aib orang macam ini? Kenyataan ini cuma untuk pengetahuan polis je kot."
Demikian komen yang ditinggalkan pelakon Rozita Che Wan dimana dia meluahkan rasa kurang senang dengan penyebaran berita berhubung pelawak lelaki yang ditah@n akibat penyalahgunaan dadah.
Dalam komen tersebut, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berpendapat perkara itu tidak perlu disebarkan dan cukup untuk pengetahuan pihak berkuasa sahaja.
Komen Che Ta itu bagaimanapun tidak mendapat persetujuan rata-rata netizen, selain ada yang memintanya untuk membezakan antara a1b dengan jenayah.
"Penting sebab dia selebriti, banyak peminat. Takut nanti ramai yang jadi penagih bila berkawan dengan orang macam ini," kata netizen.
"Ramai lagi orang tak faham antara aib dan jenayah," kata netizen
"Wah, orang biasa boleh tak mungkin selebriti tidak boleh (sebarkan)," kata netizen lain.
Terdahulu, seorang selebriti lelaki ditahan leraian dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram di kediamannya di Cyberjaya pada Sabtu lalu.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment