18 December 2024

OGY AHMAD DAUD KONGSI CABARAN YANG DITERIMA KETIKA MULA BERHIJAB : "SAYA FIKIR SAYA JAHAT SANGATKAH SAMPAI TAK BOLEH BERHIJAB?"



Pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud, 62, baru-baru ini telah berkongsi kisah dimana dia menerima cabaran ketika mula-mula mengambil keputusan untuk berhijab pada tahun 2000.
Menurut pelakon filem 'Azura' itu, ada dikalangan masyarakat yang 'bertaruh' mahu melihat sejauh mana dia kekal istiqamah dengan penghijrahannya.

"Bila saya pulang dari Makkah saya berhijab ramai yang terbuka hati untuk berhijab. Tapi saya menyangkal begini, saya tak mahu anda berhijab kerana Fauziah Ahmad Daud. Anda kena memahami kenapa anda berhijab.

"Sebab kalau tidak, anda tidak kuat kerana ujian Nya pelbagai. Adakah anda sanggup diuji dengan kata-kata. Macam saya ada orang bertaruh, okay aku bagi dia seminggu, ada yang agak tiga bulan dan ada yang rasa enam bulan.

"Alhamdulillah... sekarang sudah 24 tahun. Syukur ke hadrat Allah kerana kita benar-benar memahami kenapa ia dituntut untuk kita berhijab. Saya menyedari Allah menyuruh menutup aurat pada usia 37 tahun, rupanya untuk ini.

"Dia dah aturkan kehidupan saya," tuturnya yang turut berkata, dia tidak akan berbolak balik dengan keputusan ini kerana ia dibuat di depan pintu kaabah pada akhir bulan Ramadan.

"Saya tidak faham bila saya pulang, kenapa kek£cohan berlaku bila saya berhijab kerana ramai yang macam terk£jut. Saya fikir saya jahat sangatkah sampai tak boleh berhijab?

"Saya tak pernah r0sakkan rumah tangga orang, tak pernah tutup periuk nasi orang, tak pernah buat benda mengarut sampai ibu bapa saya sakit jantung," ujar primadona filem Melayu ini dimana dia mengakui terkejut dengan fenomena terbabit yang dianggap asing buatnya.

"Itu amat memeranjatkan saya. Dan ketika itu mungkin kerana kehidupan Fauziah Ahmad Daud dah tertulis dari awal saya. Bila Allah izinkan saya berhijrah, banyak kata-kata negatif dilemparkan kepada saya. Tetapi mungkin saya berpegang kepada satu, pelik kenapa manusia menghina saya. Saya bukan manusia sempurna," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: