31 December 2024
BOLEH TUNAI UMRAH - VIVY YUSOF & SUAMI BERJAYA DAPATKAN PASPORT ANTARABANGSA BUAT SEMENTARA
Nampaknya pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar berjaya mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menunaikan umrah selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasangan itu.
Selepas tiada bant@han daripada pihak pendakwaan terhadap permohonan itu, Hakim Rosli Ahmad membenarkan pasport diserahkan kepada pasangan itu menerusi peguam.
"Permohonan pasport dibenarkan bermula pada 31 Disember (hari ini) dan dikembalikan kepada mahkamah pada 15 Januari," katanya.
Terdahulu, peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan suami isteri itu memohon pasport diserahkan sementara kepada anak guamnya yang akan bertolak ke Arab Saudi pada 5 Januari untuk menunaikan umrah.
Jelasnya, Vivy dan suaminya itu akan pulang ke Malaysia pada 14 Januari dan pasport akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 15 Januari.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membant@h permohonan itu namun bertanya sama ada perancangan untuk menunaikan umrah dilakukan sebelum atau selepas pertuduhan dibuat.
Kemudiannya, suami Vivy bangun dan menjawab, perancangan ke Tanah Suci dilakukan selepas pertuduhan.
Terdahulu, Vivy dan suaminya mengaku tidak bersal@h di atas pertuduhan p£cah amanah membabitkan dana pel@buran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment