28 December 2024

"CAWANGAN (RESTORAN KEDUA) INI ADALAH HADIAH BUAT DIA" - AJAK ANGGAP EBBY YUS SEPERTI BAPA, SERAHKAN GAJI & KEUNTUNGAN KEPADANYA



"Dia (Ebby Yus) seorang sahabat yang cukup dekat. Saya juga anggap dia seperti seorang bapa. Dia yang banyak membantu dan memberi nasihat ketika saya mula masuk dalam industri.

"Kita juga tahu Ebby kurang sihat, jadi dengan cara ini dapat membantu dia menampung kehidupan bulanan.

"Saya serahkan gaji saya di cawangan ini serta peratusan jualan seperti yang telah ditetapkan dalam k0ntrak. Kiranya cawangan ini adalah hadiah buat dia."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro dimana dia menyerahkan gaji dan keuntungan kepada rakan baiknya, pelawak dan pelakon Ebby Yus sempena pembukaan cawangan kedua perniagaan makanan miliknya.

Disamping itu, Ajak turut memberitahu, Ebby juga sering berkongsi nasihat dalam perniagaan serta turut mengajar cara untuk melayan pelanggan.
"Masa saya nak buat perniagaan ini, dia banyak beri nasihat. Dia ajar saya cara untuk layan pelanggan. Antara nasihat yang diberikan ialah jangan ked£kut jika ada pelanggan yang datang bersama keluarga.

"Dia juga sempat singgah di cawangan pertama sebelum ini. Walau dalam keadaan s@kit, dia masih dapat luangkan masa," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: