24 December 2024

INGATKAN NAMA SUDAH 'BL4CKLIST' - KEMUNCULAN DI 'CALPIS SODA ONE IN A MILLION' UBAT RINDU AYU DAMIT



Penyanyi Ayu Damit yang sudah 10 tahun tidak muncul dalam mana-mana program berskala besar di TV3 itu berkata, penampilan kelmarin dalam rancangan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) seolah-olah memberi nafas baharu buat kariernya, selain mengubat kerinduannya terhadap TV3 yang pernah menjadi saksi kelahiran bakatnya.
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, selama ini dia kerap tertanya-tanya adakah namanya benar-benar sudah dipingg1rkan, namun kemunculannya kelmarin bukan sahaja memberi kepuasan sebagai seorang penyanyi, malah menghidupkan semangatnya untuk terus berkarya.

"Saya ingatkan selama ini nama saya sudah disenaraihit@m (bl@cklist), tapi semalam (kelmarin) membuktikan tanggapan itu sal@h. Saya dilahirkan melalui program realiti One In A Million yang diterbitkan oleh syarikat gergasi ini. Sebab itu, apabila lama tidak menerima jemputan, saya terfikir mungkin nama saya tidak lagi relevan.

"Setiap kali melihat rancangan besar di TV3, saya teringat betapa banyak kenangan saya di sana. Jadi, semalam bagaikan peluang kedua untuk saya kembali ke pangkuan industri dengan sokongan mereka.

"Saya rindu berdiri di atas pentas besar seperti itu. Selama ini, saya hanya aktif dalam persembahan kecil-kecilan, jadi peluang ini benar-benar mengembalikan keyakinan saya terhadap bakat yang saya miliki.

"Sebelum ini setiap kali ditanya soalan kenapa lama tak nampak saya di TV, saya selalu menjawab rezeki belum sampai. Semalam (kelmarin) adalah malam yang indah apabila dapat turut beraksi dengan Tomok dan Suki.

"Sambutan yang saya terima semalam memberikan semangat baru," ujarnya yang mempersembahkan lagu yang membuka pintu rezeki kepadanya dalam bidang seni suara iaitu 'Hanya Di Mercu' sebaik diumumkan sebagai juara One In A Million musim kedua.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: