24 December 2024

SYASYA (BEKAS ANGGOTA DOLLA) KINI BERGELAR IBU - BAYI LELAKI SELAMAT DILAHIRKAN



"Pada awal tahun ini, saya memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan penuh cinta, sebagai balasan inilah (bayi) kurniaan yang kami terima di akhir tahun 🥺🩵 Alhamdulillah, nikmat terbesar dan amanah untuk mama dan baba, Muhammad Yassir Hayyan ✨"

Itulah kata bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, dimana dia telah pun selamat melahirkan anak sulungnya, semalam.

Syasya yang berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram, menganggap kehadiran anak lelakinya yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan sebagai nikmat yang tidak ternilai.

Pada September lalu, Syasya yang mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April lalu, berkongsi khabar gembira memaklumkan dia kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: