15 December 2024
JENAZAH MALEK ZABARJAD SELAMAT DIKEBUMIKAN - ANAK SULUNG TERIMA SUMBANGAN
Majlis pengebumian vokalis kumpulan rock Zabarjad, Ab Malek Mohd Amil @ Mohd Amir, 56, telah berlangsung pagi tadi dengan diiringi kira-kira 200 orang.
Anak Allahyarham iaitu Muhammad Azmi Syahmi, 34, memberitahu, pada jam 11 pagi, arwah bapanya dikebumikan di Taman Perkuburan Bukit Alif, Johor Bahru pada jam 11 pagi.
Selain ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan, Azmi memberitahu, majlis pengebumian bapanya itu juga turut dihadiri beberapa rakan artis tanah air.
"Kami berterima kasih kepada semua yang tampil memberi sokongan moral kepada keluarga kami yang pilu dengan kehilangan insan kesayanganm," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi Karyawan Malaysia, Datuk Zainal Abu Bakar berkata, dia hadir ke majlis pengebumian bersama AJK Karyawan Malaysia Negeri Melaka, Mohd Rizal Zakaria dan Nor Azniza Che Zainudin.
Ujar Datuk Zainal, pihaknya juga menyampaikan sumbangan karyawan kepada anak sulung arwah, Muhammad Azmi Syahmi.
"Saya mengenali arwah sejak 10 tahun lalu dan ketika pertama kali menemuinya, dia mengurus Mamat Exist di sebuah konsert di Melaka. Ketika itu dia sendiri memperkenalkan diri dan saya tertarik dengan sikap rendah dirinya.
"Malah selepas itu kami pernah saling berhubung dan pada November lalu, saya bercadang untuk melawatnya selepas mendapat khabar dia kurang sihat. Bagaimanapun hasrat tidak kesampaian.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya. Ketiadaannya suatu kehilangan kepada industri seni tanahair, semoga arwah tenang di situ," katanya.
Arwah Malek menghembus nafas terakhir di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah di Taman Melana di sini pada jam 6.30 petang semalam.
Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menjalani rawatan akib@t str0k hingga terpaksa berehat daripada dunia nyanyian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment