28 December 2024

"KALAU SAYA TIADA, MEMANG DAH TIADA PELAWAK KAUM INDIA" - SATHIA LUAH BIMB4NG, KATA INDUSTRI PERLUKAN MEREKA TAPI RAMAI M4LU



"Untuk berlakon saya hanya duduk dan bercakap. Watak saya dalam drama tamil yang baru ditayangkan di TV2 RTM pada Kr1smas baru-baru ini ialah sebagai orang tua yang berikan nasihat kepada mat motor.
"Penerbit nak pelakon India generasi baharu dah tiada. Dulu ada saya, Acapan dan Rama. Tapi mereka dah tiada dan hanya tinggal saya seorang. Janji saya boleh bercakap okeylah walau berlakon duduk.

"Saya bersyukur bekerja dengan pengarah-pengarah yang sangat baik. Mereka faham keadaan saya. Saya pula seorang yang 'happy go lucky'. Jadi semua orang senang dengan saya."

Itulah ujar pelawak dan pelakon veteran, Sathia dimana dia melahirkan kebimb@ngan apabila tiada lagi pelawak pelapis kaum India selepas eranya dan beberapa rakan terdahulu seperti mendiang Acapan dan Rama.

Ini kerana kata Sathia atau nama sebenarnya, Sathivel Periasamy, 60, walaupun sudah berumur dan keadaan kesihatan kurang baik, dia masih menerima tawaran berlakon memandangkan penerbit tiada pilihan untuk mengambil pelawak kaum India lain.

Mengulas lanjut isu ket@ndusan pelapis, pelakon yang popular dengan watak Ravi menerusi sitkom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata, banyak faktor berlaku antaranya semangat yang tidak kental.

"Ada yang mengaku boleh berlakon, tapi bila sh00ting di Chow Kit Road, tengah orang ramai, satu take sampai 10 take kemudian diam-diam l@ri sebab t@kut. Macam saya bukan jenis pen@kut dan tak m@lu kerana saya dulu pemandu bas.

"Nanti kalau saya tiada, memang dah tiada pelawak kaum India. Kena carilah. Industri perlukan mereka tapi tiada kerana ramai yang m@lu. Saya boleh bertutur bahasa Melayu dan Tamil jadi ini kelebihan saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: