01 December 2024

KEBOLEHAN NORA DANISH MENGHAFAL SURAH AL-MULK TERIMA PUJIAN RAMAI



Menerusi video yang dikongsikan, pelakon Nora Danish, 42, telah menyahut cabaran daripada seorang pempengaruh media sosial iaitu Qawiy dan perkara itu mencuri tumpuan ramai apabila menunjukkan kebolehannya menghafal surah Al-Mulk.
"Apa yang saya belajar melalui penghijrahan ini adalah sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran kerana ia adalah pendamping kita nanti," tutur Nora dimana dia mengakui, dirinya masih lagi belajar, selain sempat berkongsi zikir yang menjadi amalan sehariannya.

"Ramai orang tanya, macam mana saya berhijrah, saya amalkan zikir Jami at Tirmidhi. Zikir itu mendekatkan diri kita dengan Allah, dicintai Allah dan didekatkan juga dengan orang yang mencintai Allah.

"Saya berubah pun disebabkan ramai orang baik ada dekat dengan saya. Berhijrah senang, istiqamah itu susah, jadi tolong doakan saya. Semoga saya boleh hafal banyak lagi surah," jelas ibu kepada dua cahaya mata itu.


KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO NORA DANISH HAFAL SURAH AL-MULK

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: