01 December 2024

S£RIK DENGAN LELAKI BAHARU - ZARINA ANJOULIE AKUI KINI SEDANG BERCINTA DENGAN INDIVIDU DIKENALINYA



"Terus terang saya agak s£rik untuk berkenalan dengan lelaki baharu kerana anda dapat melihat sebelum ini, beberapa lelaki yang mendekati saya hanya ingin mengejar populariti.
"Jadi, disebabkan itu saya pilih untuk bersama dengan orang yang pernah saya kenali sebelum ini. Saya juga sudah penat untuk mengenali orang baharu dan memulakan semuanya dari awal.

"Lagi pun lelaki ini adalah bekas kekasih saya dulu. Usia kami sebaya dan hubungan kami putus sekitar 12 tahun sebelum berkawan (bercinta) semula," jelas pelakon Zarina Anjoulie dimana dia mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang individu yang sudah dikenali sejak lebih 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, Zarina atau mesra disapa Anju enggan berkongsi identiti teman lelakinya itu kerana bimb@ng sekiranya hubungan cinta mereka terkand@s.

"Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan identiti dia buat masa ini. Ini kerana andai hubungan kami tidak menjadi, nanti saya juga yang akan dapat m@lu.

"Tunggu sampai nak berkahwin nanti, saya akan maklumkan dan memberikan jemputan," ujar Zarina yang turut berkata, kekasihnya itu sering menasihati agar dia menjaga kelakuan dan bersikap lebih matang.

"Kekasih saya minta kalau boleh jangan terlalu lant@ng. Dia selalu nasihatkan saya agar menjaga tingkah laku dan kata-kata. Dia bimb@ng sekiranya ada perbuatan atau kata-kata saya mungkin akan menggur1skan perasaan orang lain atau membuat mereka berkecil hati. Pelbagai lagi nasihat yang dia berikan kepada saya.

"Saya memang boleh bertolak ansur dengan lelaki sekiranya dia seorang yang baik. Jadi apabila kita ingin menghargai orang itu, bagi saya kita perlu saling menghormati. Jika dia ingin saya hormat dia, dia juga perlu hormat pada saya?" kata pelakon filem 'Don Dukun' itu.

Untuk makluman, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015, sebelum bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lapan tahun.

Kemudiannya, Zarina berkahwin dengan Eilyas Azhar pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada Februari 2021. Selepas itu, mereka kemudian rujuk semula, namun kembali bercerai kira-kira dua bulan kemudian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: