02 December 2024

ENGGAN MENGIYAKAN ATAU MENAFIKAN HUBUNGAN - WANI KAYRIE JELAS AFIEQ SHAZWAN HANYALAH TEMAN RAPAT SEJAK KECIL



"Dia rakan baik saya. Kami berkawan dari kecil. Kalau orang suka melihat kami bersama dan rapat, doa yang baik-baik saja. Kita tidak tahu perjalanan karier kami macam mana, kami berdua dalam industri yang sama, cari makan, buat lagu dan menyanyi.

"Saya p£lik bila ada orang ingat kami 'sesuatu'. Tapi bagi saya, biarlah orang melihat kami dari sudut yang baik. Kami terima dengan hati yang terbuka. Kami berdua masih rapat hingga hari ini. Selebihnya saya tidak boleh komen panjang sebab kenyataan itu daripada Afieq.

"Doa yang baik-baik saja. Fokus utama saya sekarang adalah kerjaya saya," itulah kata penyanyi Wani Kayrie dimana dia enggan mengiyakan atau menafikan mengenai hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, sebaliknya menjelaskan mereka hanyalah teman rapat sejak kecil.

Wani yang berharap agar semua pihak mendoakan perkara baik-baik untuk mereka itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Afieq menerusi temu bual bersama sebuah p0rtal hiburan dimana dia membuat pengakuan jujur dengan mengatakan dia sanggup menunggu cintanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Wani memberitahu, dia belum terfikir untuk mempunyai komitmen dalam sebarang perhubungan memandangkan dia masih meletakkan kerjaya seni sebagai fokus utama.

"Mungkin dia banyak keluar lagu cinta, mana tahu itu cara pemasaran dia saja. kita tak tahu. Macam saya, sebab saya sendiri pun masih muda dan nak bercerita fasal cinta ini belum lagi kot.

"Saya rasa belum tiba masa untuk bercakap soal cinta. Sebab sekarang ini saya fokus pada keluarga, mak saya yang tak berapa nak sihat, fokus pada diri serta mereka yang menantikan karya saya.
"Bagi saya, kerjaya ini sudah lama saya nantikan dan sudah berada dalam industri hampir 10 tahun. Untuk berada di sini bukan mudah, sebab itu saya men£pis apa-apa mengenai percintaan dan penghubungan.

"Kalau sudah tertulis jodoh kami, pasti akan menjadi kenyataan. Tetapi selagi saya masih muda, kudrat masih ada, saya akan teruskan dengan apa yang saya ada sekarang," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain pula, Wani kembali dengan buah tangan terbarunya berjudul 'Aiman Tino' selepas hampir setahun berehat. Single terbaru itu menerima pelbagai reaksi p0sitif daripada peminat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: