Pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-61 di sini, malam tadi, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, susulan lakonan mantap menerusi filem seram, 'Indera' arahan Woo Ming Jin.
"Terima kasih kepada seluruh produksi yang terbabit dalam menjayakan filem ini. Ini penghargaan yang cukup bermakna buat saya dan seluruh pasukan," tutur Azira yang sangat terharu menerima anugerah itu.
Bukan hanya Azira sahaja, malah rakan seangkatannya iaitu Fabian Loo juga memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi lakonan hebat dalam filem 'Rain Town', namun dia tidak dapat hadir dan ia telah diwakili oleh pengarah filem tersebut, Tengku Mona.
Dalam pada itu, Azira mengakui tidak tert£kan dan mahu berusaha lebih gigih selepas memenangi terbabit, selain menganggap dirinya masih belajar sekalipun hampir sedekad bergelar anak seni.
Klik untuk gambar besar
"Saya tidak menyangka dapat pengiktirafan luar negara pada anugerah ini. Terima kasih FFAP. Pencapaian ini juga membuatkan saya rasa bangga dengan diri sendiri," ujarnya yang juga anggota kumpulan De Fam, dimana dia turut menjelaskan sememangnya lakonan menjadi minat utama sejak dulu lagi.
"Sebelum menyanyi dengan De Fam lagi saya memang sudah simpan hasrat jadi pelakon tetapi saya menyerlah dengan De Fam dari situ saya guna peluang itu untuk berlakon dan pada masa sama terbabit sebagai penyanyi.
"Alhamdulillah saya rasa penat lelah itu berbaloi. Saya harap banyak lagi peluang-peluang yang akan diperolehi," jelasnya yang mahu mengembangkan bakat ke luar negara seperti ke Indonesia.
Sementara itu, Azira turut mengakui cab@ran besar membawakan watak dalam filem 'Indera' serta berjaya mewujudkan keserasian yang baik bersama pelakon seperti Shaheizy Sam.
"Filem ini menjalani penggambaran ketika pand£mik. Alhamdulillah saya berjaya membentuk keserasian yang baik bersama pengarah dan pelakon," katanya.
Azira melakar sejarah dalam karier lakonannya buat kali kedua diiktiraf di peringkat Asia selepas menjulang trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment