19 December 2024

LAN ZAILAN MENINGGAL DUNIA



Innalillahiwainnaillahirajiun...

Salam takziah dan Al-Fatihah. buat keluarga Allahyarham Pelakon veteran Lan Zailan yang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, pada jam 4.24 pagi hari ini.

“Benar suami saya menghembuskan nafas terakhir jam 4.24 pagi tadi. Semua Ahli keluarga ada disisinya ketika itu,” ujar isterinya Ruby Sara Omar dipetik sebagai berkata pada media.

Beliau juga memaklumkan Arwah meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat.

Menurut Ruby, Jenazah akan disolatkan di Masjid As-Salam Puchong Perdana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Untuk info, Allahyarham atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin 66, menerima rawatan di PPUM sejak Ahad lalu selepas kesihatannya merosot.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: