15 December 2024

NAFI RUMAH KENA SITA - CHE TA TUNGGU MASA ULAS KONTR0VERSI HUT4NG : "ANDA SEMUA BELUM DENGAR CERITA DARI MULUT SAYA LAGI"



"Ada kenyataan yang t1pu itu saya mar@h. Kalau mahu sebar a1b tidak apa, cuma, jangan tabur fitn@h sahaja. Ada yang betul... Ada yang tidak. Saya sedang tunggu masa sesuai untuk bersuara... Tunggulah kenyataan saya.

"Anda semua belum dengar cerita dari mulut saya lagi. Saya belum keluarkan lagi kenyataan. Tidak apa, sabar. Saya biar, tunggu sahaja mereka keluarkan cerita-cerita tidak betul. Saya sudah cakap, tidak kisah kalau ada keluarkan cerita menga1bkan, tetapi jangan cerita fitn@h sahaja."

Itulah ujar pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan dimana dia berjanji mengulas mengenai kontr0versi dakwaan hut@ng hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) seperti yang hangat diperkatakan, apabila tiba masa sesuai.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata demikian ketika menjawab soalan pelayar TikT0k pada sesi siaran langsung yang kemudian dimuat naik pemilik akaun YouTube di platform itu, semalam.

Menerusi klip video tersebut, Che Ta mendakwa beberapa perkara yang dilapor media berhubung kontr0versi hut@ng pinj@man Mara, tidak tepat, selain turut menafikan kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya, disita seperti laporan tersebar.

Klik untuk gambar besar

"Sekarang tinggal dekat rumahlah, dekat mana lagi? Takkan atas pokok pula. Semua komen tidak betul, rumah saya tak kena sita pun. Kalau rumah kena sita, saya tidak tidur di rumah, tidur atas pokok. Sebab itu, semua berita yang keluar dekat media tak boleh percaya pun. Jangan ris@u, saya okay sahaja.

"Dalam dunia ini, bukan saya sahaja yang Allah uji, betul tak? Saya fikir kalau kita kuat iman, tidak kisahlah dug@an atau cab@ran apa yang datang, saya rasa kita boleh sahaja harungi," katanya yang mendakwa dirinya p0sitif dengan ujian yang men1mpa.

"Terima kasih kepada semua yang titipkan doa baik-baik untuk saya. Semoga Allah kembalikan yang baik kepada anda semua. Apabila kita doa untuk orang, Allah akan angkat doa kita dulu. Terima kasih semua, walaupun anda tidak kenal saya secara dekat, tetapi anda sentiasa mendoakan saya," katanya.

Selasa lalu, kediaman Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor dis£rbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gag@l melunaskan pinj@man bernilai hampir RM1 juta.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: