15 December 2024
"ALHAMDULILLAH, KEADAAN SUAMI BAIK & STABIL TETAPI MASIH PAKAI ALAT BANTUAN PERNAFASAN..." - ISTERI BERSYUKUR LAN ZAILAN SUDAH DIBENARKAN PULANG
Pelakon Lan Zailan, 66, yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 27 November lalu selepas menghidap kans£r pankreas tahap empat itu dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari wad petang semalam.
Jelas isteri Lan iaitu Ruby Sara Omar, 51, doktor juga memberi kebenaran suaminya itu untuk berehat di rumah untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
"Alhamdulillah, keadaan suami juga baik dan stabil tetapi masih memakai alat bantuan pernafasan di hidung. Suami juga mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang menjaganya dengan baik sepanjang dirinya dirawat di wad sebelum ini," tuturnya.
Tambahnya lagi, dia dan anak-anak juga terpaksa mencari katil yang sesuai dan alat bantuan pernafasan oksigen untuk kegunaan suami sepanjang berehat di rumah.
"Alhamdulillah, segala urusan untuk membawa suami pulang ke rumah termasuk untuk mencari katil yang sesuai seperti di wad dan alat bantuan pernafasan oksigen dipermudahkan segalanya.
"Bagaimanapun, buat masa ini, kami tidak menerima sebarang pelawat kerana mahu suami berehat selama seminggu terlebih dahulu kerana dia baru sahaja keluar dari wad," katanya yang turut mengulas mengenai keadaan Lan Zailan dimana suaminya itu seorang 'canc£r fight£r' dan kuat berjuang melaw@n peny@kitnya itu.
"Suami menolak untuk rawatan kimoterapi dan sentiasa p0sitif untuk melawan peny@kitnya itu dengan perubatan moden dan tradisional. Suami juga percaya peny@kit itu adalah ketentuan Allah S.W.T dan Allah jugalah yang boleh menyembuhkan peny@kitnya itu.
"Saya juga mewakili pihak suami dan keluarga mahu memohon maaf andainya suami ada terkas@r bahasa atau bersuara lant@ng sepanjang terbabit dalam bidang seni sebelum ini. Pada masa sama, saya juga mohon doa dari semua untuk sama-sama mendoakan kesembuhan suami," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment