15 December 2024
ISU HUT4NG ROZITA CHE WAN - ZAIN SAIDIN SANGKAL DAKWAAN KATA DIA TAK BUAT APA-APA
"Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya. Kita usaha, siapa yang beli minyak wangi ni, itu rezeki saya. Saya jual benda yang baik. Bukannya kami duduk saja.
"Macam saya cakap, pihak kita pun ada juga usaha sebenarnya. Bukan relaks dan anggap tiada hal dengan semua yang berlaku. Cuma apa yang kami usahakan itu tidak diceritakan."
Ujar pelakon Zain Saidin, 40, yang menyangkal dakwaan mengatakan dia tidak berbuat apa-apa tatkala isterinya, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta, 51, dihamb@t kontr0versi hut@ng Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Zain atau nama sebenarnya, Mohamad Zain Mohd Saidin, sebaliknya menjelaskan, dia sibuk mencari wang dan kini berada di Kota Kinabalu, Sabah menjual produk minyak wanginya.
Dalam pada itu, mengulas dakwaan isterinya memperagakan kemewahan walhal dibel£nggu hut@ng terbabit, Zain berkata, semua itu adalah rezeki dan mereka tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau bersifat ri@k.
Selasa lalu, kediaman Che Ta di Petaling Jaya dilaporkan dis£rbu pegawai Mara gara-gara kegag@lan pelakon itu melunaskan hut@ng tertungg@k berjumlah RM1 juta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment