15 December 2024

SUDAH DIBENARKAN PULANG - ISTERI BERSYUKUR ALI XPDC TUNJUK TANDA P0SITIF, MAKIN STABIL



"Alhamdulillah, saya bersyukur melihat perubahan suami yang sudah kembali sihat selepas rawatan di hospital dan ramai rakan-rakan suami kalangan ustaz yang melawat pun beritahu suami nampak sihat berbanding sebelum ini.
"Sepanjang suami di wad, jururawat juga sentiasa pantau keadaan suami yang dimasukkan ke zon kec£masan merah ketika itu. Hari pertama masuk wad, suami sudah nampak segar dan sudah boleh mandi sendiri pada hari kedua.

"Sebenarnya, doktor bimbang suami banyak bergerak kerana mas@lah paru-paru berair dan masih pakai tiub untuk k£ncing," tutur isteri kepada penyanyi Ali XPDC, 56, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, yang memaklumkan, keadaan suaminya itu kini semakin baik dan sihat selepas menjalani rawatan.

Difahamkan, Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas empat hari dimasukkan ke wad di Hospital Cyberjaya kerana s£sak nafas, minggu lalu.

Jelas Sharifah Azuwanna lagi, suaminya minta kebenaran dari doktor untuk keluar lebih awal dari hospital kerana dia terbabit dengan program berkaitan agama di Kunak, Sabah, minggu lalu.

"Pada mulanya, doktor juga berasa bimbang untuk memberi kebenaran suami keluar lebih awal kerana sepatutnya dia perlu dirawat lima hari di wad. Namun, selepas keluar dari wad, keadaan kesihatan suami juga baik sampai sekarang serta boleh memenuhi undangan persembahan nyanyian.

"Hari ini pun, suami terbabit dengan program di Pulau Pinang pula di mana dia menyanyi tiga lagu dan beri sikit tazkirah. Suami juga banyak buat program agama secara solo dan bukan bersama kumpulan XPDC yang kini tampilkan penyanyi gantian dalam persembahan," katanya.

Disamping itu, kata Sharifah Azuwanna mengenai rawatan susulan pula, suaminya juga akan dirujuk semula ke Hospital Serdang untuk mas@lah paru-paru berair dan jantung b£ngkak kerana sudah ada rekod perubatan di sana.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: