29 December 2024

PEGUAM MASIH DI MAKKAH - AZZAHRA MOHON LANJUTAN PERMOHONAN MAAF



Baru-baru ini, peguam yang mewakili pelakon Jay Iswazir telah mengeluarkan kenyataan dimana ia menyebut, bekas isteri Jay iaitu Fatimah Azzahra Ahmad memohon lanjutan permohonan maaf dan pihak Jay hanya bersetuju memberikan lanjutan tempoh selama 10 hari daripada tarikh penerimaan surat, iaitu pada 24 Disember lalu.
"Mereka potong bahagian yang sepatutnya itu. Peguam saya nak bal@s LOD (letter of demand) itu tapi dia minta tempoh sebab dia di Makkah lagi," jawab Azzahra ketika dihubungi media bagi mengulas kenyataan dikeluarkan peguam Jay.

Azzahra yang juga pramugari Malaysia Airlines (MAS), turut melampirkan surat dari firma guaman mewakilinya yang dihantar kepada peguam Jay bagi memaklumkan peguam yang mengendalikan k£s ini, Nur Aida Md Zainuddin kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah dan dijangka akan pulang ke tanah air pada 31 Disember ini.

Menurut kenyataan surat ini lagi, pihak guaman masih belum dapat berjumpa Azzahra untuk berbincang serta menasihati Azzahra berkenaan perkara ini, selain pihak guaman memerlukan lanjutan masa bagi mendapatkan arahan lanjut serta mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan daripada Azzahra bagi menjawab n0tis tuntutan terbabit.

Dalam pada itu, Azzahra yang kini berada di Korea Selatan dan akan pulang ke Malaysia, hari ini, berasa k£sal kerana surat yang sepatutnya menjadi rahsia diseb@rkan pihak tertentu dan dipotong bahagian yang sepatutnya bagi memburvkkan dirinya.

Terdahulu, Jay menyerahkan n0tis tuntutan atau LOD kepada Azzahra menerusi peguamnya, Tetuan Chambers Of Aminahtul Mardiah pada Azzahra pada 19 Disember lalu, susulan tind@kan bekas isterinya itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berb@ur fitn@h terhadapnya.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, Jay juga meminta Azzahra membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya bermula tarikh n0tis tuntutan dikeluarkan bermula pada 19 Disember.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: