01 December 2024

PERNAH 'ABAIKAN' TIGA ANAK LAIN - NOURUL LUAH RASA KESAL : "SAYA RASA BERSALAH SEBAB FOKUS KEPADA SATU INI (HUBUNGAN DENGAN AYU NAZIRAH)..."



Kerana terlalu memberi perhatian kepada kekeruhan hubungannya dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah, penyanyi Nourul Depp, 47, telah berkongsi bagaimana dia pernah secara tidak sengaja 'mengabaikan' tiga anaknya yang lain iaitu Zachary Depp, 11; Raphael Depp, 9; dan Isabella Depp, 5.
Nourul menerusi perkongsian di TikTok, menjelaskan, dia kemudiannya mengubah dirinya dan memohon keampunan Allah.

"Saya rasa bersalah pada diri saya sebab kerana fokus kepada satu ini, saya buatkan diri saya 'down' sampai kami kasar dengan tiga anak ini, sebab marah kan. Terus saya rasa macam, 'oh tidak'. Saya tukar 360 darjah.

"Saya kata, 'ya Allah, maafkan aku, aku tak perasan aku terlampau marah, aku terlampau kecil hati, terlampau sakit hati, terlampau fokus kepada yang satu ni, aku terlupa ada kenikmatan yang Kau bagi kepada aku, rahmat Kau ini dalam hidup aku ni yang aku kena fokus'," katanya.

Dalam pada itu, kongsi Nourul lagi, suaminya iaitu Eric Daniel Depp turut berasa kecewa dan bersedih dengan apa yang berlaku.

"Pandangan Eric dalam hal ni, dia kecewa sangat sebab dia sayang Ayu itu macam anak dia sendiri. Dia menangis juga, dia tengok saya menangis, dia menangis tapi dia simpan. Dia simpan, dia tunggu hari. Mungkin itu satu lagi benda yang Ayu rasa takut," jelasnya.

Terdahulu, sejak tahun lalu, timbul pertelingkahan antara Nourul dan Ayu sehingga kedua-duanya bermasam muka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: