"Sebenarnya saya agak risau sejak tahu mengandung kerana naskhah ini (telefilem terbaru) memerlukan aksi fizikal yang mungkin beris1ko untuk ibu mengandung.
"Tambahan pula, suami saya akan menunaikan ibadah haji ketika itu. Kalau saya bekerja, siapa yang akan menjaga anak-anak?
"Mungkin Allah tahu saya belum bersedia mengandung. Sebab itu saya keguguran sebelum usia kandungan mencecah lima minggu."
Ujar pelakon Amyra Rosli dimana dia reda selepas mengalami keguguran kandungan yang mencecah usia dua minggu, selain dirinya sedar belum sedia sepenuhnya untuk menimang anak ketiga.
Klik untuk gambar besar
"Itu semua rezeki Allah. Kalau diberikan zuriat lagi, Alhamdulillah. Kalau tidak, saya tetap bersyukur kerana sudah ada sepasang cahaya mata yang melengkapkan hidup saya.
"Saya lebih fokus memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap mereka kerana masing-masing sudah semakin besar dan mudah diuruskan.
"Kalau nak mengandung pun mestilah sebelum usia menginjak 35 tahun kerana kena fikir juga ris1ko kesihatan. Perlu fikirkan masa depan anak-anak, tak mahu dah berumur tapi anak masih kecil," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment