18 December 2024
"SAYA TAK TAHU DIA (ALONG CHAM) KENA TANGK4P... SEMUA ARTIS DI BAWAH SYARIKAT SAYA DIJAGA AGAR TIDAK TERBABIT..." - DAVID TEO
Semua sedia maklum mengenai Along Cham dimana pihak polis mengesahkan pelawak dan pelakon yang ditah@n di sebuah rumah teres di Cyberjaya, Selangor pada petang Sabtu lalu kerana disyaki memiliki dad@h jenis g@nja.
Berhubung itu, penerbit David Teo, 60, akui dia sudah lama tidak bertemu dengan Along kira-kira tujuh tahun selepas lelaki itu tamat k0ntrak, sekali gus tidak bekerjasama lagi apabila memilih bergerak sendiri.
Disamping itu, David juga menyifatkan Along sebagai individu sangat berdisiplin dan komited pada kerja ketika masih di bawah pengurusan syarikatnya dulu.
"Saya tak tahu dia (Along) kena tangk@p. Tapi, ketika dia bekerja dengan saya dulu, memang semua artis di bawah syarikat saya dijaga agar tidak terbabit dengan barangan terlar@ng.
"Dalam k0ntrak memang sudah kita tulis. Sekiranya ada juga berlaku, kita akan mengambil tindakan segera. Saya juga akan bising kalau artis syarikat saya terbabit g0sip sebab kita nak mereka bersih.
"Cuma, Along Cham yang saya kenal adalah seorang dari segi bekerjasama mempunyai disiplin sangat bagus, boleh dit£gur dan boleh 'perform' tanggungjawab berlakon," katanya yang turut memaklumkan, sehingga kini sudah lama syarikatnya dan Along Cham tidak bekerjasama, termasuk bersemuka melainkan bertanya khabar menerusi kiriman mesej di WhatsApp saja.
"Dia selalu cakap nak datang jumpa saya, bertahun-tahun cakap tapi, tak datang-datang. Dia bagi tahu ada nak hantar skrip, konsep idea filem baharu dan nak jumpa. Saya kata, okay datanglah pejabat untuk bincang.
"Tapi, dalam mesej saja kata nak datang (pejabat) dan akhirnya dia tak datang pun. Dalam setahun, adalah dia hantar mesej dua ke tiga kali pada saya," ujarnya yang dalam masa sama mengula, apapun pembabitan penggiat seni dengan dad@h mer0sakkan masa depan kerjaya mereka dan sebaiknya disaran agar menghindarkan diri sebelum terj£rumus.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment