29 December 2024

SELAMAT BERSALIN - RAYSHA RIZROSE KINI BERGELAR SEORANG IBU



Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pelakon Raysha Rizrose di atas kelahiran anak sulungnya iaitu bayi perempuan yang selamat dilahirkan baru-baru ini.

Sebelum ini, adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose itu mengadakan 'gender reveal' dimana dia dan suaminya, pelumba Formula 2 iaitu Nabil Jeffri berasa teruja apabila mengetahui jantina bayi mereka.

Pada 7 September lalu, Raysha membuat pengumuman dia kini sedang hamil anak sulung dengan memuat naik video dimana ia memperlihatkan 'baby bump' yang semakin membesar.

Untuk makluman, Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, mendirikan rumah tangga bersama Nabil Jeffri pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan bertunang.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: