07 December 2024
SEMPAT ZIARAH - DJ DAVE NASIHATKAN LAN ZAILAN PERLU SEMANGAT BERDEPAN UJIAN ALLAH : "KEADAAN FIZIKALNYA NAMPAK SUSUT"
"Saya memang ingin melawat beliau (Lan Zailan) lebih awal namun saya baru sahaja berpeluang berbuat demikian hari ini (kelmarin). Saya memang terk£jut apabila mendapat tahu berita ini kerana kami sering bermain badminton bersama-sama tak lama dulu. Keadaan fizikalnya nampak susut."
Demikian ujar Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave atau nama sebenarnya, Irwan Shah Abdullah dimana dia hadir menziarahi pelakon Lan Zailan, 66, yang kini dirawat di ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kelmarin.
Pend£ritaan Lan yang disahkan menghidap kans£r pankreas tahap empat itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk YKAT.
Kata DJ Dave, dia yang sempat meluangkan masa berbual dengan Lan Zailan itu turut menasihatkan pelakon itu agar terus bersemangat berdepan ujian Allah.
"Kita tahu beliau seorang yang ceria, kelakar dan bersemangat waja. Jadi dia kena sentiasa p0sitif. Saya turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Lan Zailan bagi pihak YKAT.
"Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dari segi kos perbelanjaan rawatan dit@nggung," tuturnya.
Terdahulu, Lan atau Zailan Kamaruddin Mohd dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu akib@t mas@lah batuk berpanjangan.
Berhubung itu, isteri kepada Lan iaitu Ruby Sara memaklumkan, suaminya disahkan menghidap kans£r pankreas tahap empat dan kini sudah mer£bak ke hati dan paru-paru selepas mendapat keputusan ujian imbasan tom0grafi berkomputer (CT Scan) yang dibuat sebelum ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment