"Alhamdulillah, kami sudah bermaaf-maafan dan berbaik semula. Malah, ada hasrat yang sudah saya luahkan kepada Ifa untuk kami lakukan bersama sebagai keluarga pada 2025 nanti.
"Antaranya, saya ingin mengadakan kenduri tahlil yang mengundang anak-anak yatim untuk arwah ibu dan adik Ifa, termasuk buat Allahyarham emak saya juga. Kita buat serentak.
"Selain itu, saya dan Ifa juga merancang kalau ada rezeki mahu ke Tanah Suci Makkah untuk membuat umrah. Ifa akan pergi bersama suami dan anak-anaknya dan saya pula sendiri saja. Itu niat saya."
Demikian ujar Roslan Shah, 53, dimana dia mengakui perg@duhan dengan rakan baiknya, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah, 49, selama tujuh tahun itu banyak memberinya pengajaran dan bermuhasabah diri.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Roslan berkata, dia juga akan meraikan sambutan hari jadi dengan memberi hadiah kepada Ifa dan keluarganya sebagaimana selalu dilakukannya sebelum mereka berselis1h faham dulu.
"Saya memang rapat dengan Ifa, suaminya, Mohd Yani dan anak-anak mereka. Jadi, pemberian hadiah itu adalah perkara biasa yang saya lakukan sebab saya ini memang suka berkongsi kegembiraan dengan sahabat.
"Apatah lagi, nilai persahabatan kami bukan berdasarkan duit kerana ia tidak ke mana pun. Saya dengan Ifa, kami dulu selalu berkongsi 'show'. Kalau saya dapat tawaran menyanyi dan dia juga, kami akan kongsi rezeki itu.
"Cuma, sekarang ini pun rezeki saya di Singapura ada lebih dan tidak putus-putus. Alhamdulillah, saya percaya ia berkat daripada menjaga arwah emak saya, Mariam Kari yang meninggal dunia pada 2019.
"Malah, saya juga bersyukur sudah menjadi 'tetamu Allah' ke Makkah untuk umrah sebanyak tiga kali. Insya Allah, mana tahu selepas ini sampai rezeki saya untuk tunaikan haji. Sama-samalah doakan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment