23 December 2024

SUDAH DIBENARKAN PULANG KE RUMAH - SYURA BADRON BERSYUKUR SUAMI MAKIN PULIH



"Selepas lebih 20 hari dirawat sejak insid£n terbak@r itu, syukur suami sudah pun dibenarkan keluar dari hospital. Sekarang, luka-luka dari k£san terbak@r itu dalam proses pulih secara perlahan-lahan.

"Kalau tengok pada bahagian muka suami, memang kita letak krim setiap hari dan ubat-ubatan ditetapkan oleh doktor. Untuk bahagian tangan dan kaki juga ketika ini dalam proses penyembuhan."

Itulah kongsi penyanyi dan pelakon, Syura Badron menerusi hantaran video di Instagram dimana dia bersyukur keadaan suaminya, Muhammad Farizat yang mel£cur t£ruk akib@t l£tupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, baru-baru ini, kini semakin pulih dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Klik untuk gambar besar

Dalam masa sama, Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 38, amat berterima kasih kepada semua yang prihatin dan mendoakan kebaikan buat suaminya selama menerima rawatan di hospital.

Jelas Syura lagi, suaminya yang ced£ra terbak@r tahap kedua itu memerlukan masa antara dua hingga tiga tahun untuk kulit-kulit terbak@r pada bahagian badan itu sembuh sepenuhnya dan membaik.
Sementara itu, suami Syura berkata, dia tidak menduga dapat mengalami pemulihan segera daripada insid£n kebak@ran sewaktu percutian keluarga di utara tanah air itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya selepas insid£n kebak@ran berkenaan. Mungkin ada doa anda untuk saya yang dimakbulkan Allah.

"Semoga segala kebaikan anda itu dibal@s dengan kebaikan juga oleh Allah. Saya gembira kini dapat pulang ke rumah untuk bersama isteri dan anak-anak," tuturnya yang melihat p0sitif untuk meneruskan kehidupan yang baharu dengan baik, sekali gus sehingga keadaan dirinya betul-betul pulih semula.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: