Sebut sahaja nama Hawa Rizwana, pasti ramai tahu mengenai pengacara ini dimana dia menjadi tular selepas memiliki wajah seiras selebriti terkenal iaitu Noor Neelofa.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial dimana ia mendapat perhatian ramai.
Dalam video tersebut, Hawa yang dilahirkan di IIIinois, Amerika Syarikat serta mempunyai dar@h keturunan Arab, Siam dan Aceh itu memberitahu bahawa dia kini berada di Oxford Universiti untuk sambung belajar.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya terharu, ayah saya menghubungi saya dia cakap dia dan mak saya ke sini tahun lalu dan berdoa sal@h seorang anak atau pun cucu-cucu dapat belajar di sini. Alhamdulilah here I am today. Berkat doa mak ayah," katanya.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti teruja dan tumpang gembira diatas peluang yang diterima oleh anak kepada bekas pengacara televisyen iaitu Prof. Dato' Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman ini.
Dalam pada itu, ada yang menyangkakan Hawa sambung belajar di sana atas tajaan, namun beliau sebaliknya menggunakan wang ringgit sendiri dan hanyalah belajar untuk waktu yang singkat sahaja.
Untuk info, Hawa memulakan kerjayanya dalam bidang pengacaraan dari tahun 2016 sehingga kini dan dia juga terkenal sebagai penyampai Berita TV9 dan Buletin Utama di TV3.
Ini yang dinamakan 'Beauty with brain'!
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment