16 December 2024

"TIADA ALASAN & PERCUBAAN LAGI... LEPASKAN & JANGAN ZALIMI SAYA LAGI" - DIANA DANIELLE ANGGAP TINDAKAN FARID KAMIL ENGGAN CERAIKAN SEBAGAI MEMUALKAN



"Bagi saya, tindakan dia hari ini amat memualkan dan tak berpijak di bumi yang nyata. Dia berangan dan tak ada apa untuk diselamatkan. Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk berdamai dan perbaiki, tetapi dia gagal melakukannya.

"Jadi, apa perlu saya lakukan sekarang? Adakah terus berharap sedangkan sudah terlalu banyak harapan diberi. Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua dan benda ini tidak akan ke mana-mana kerana saya sebulat hati mahukan perceraian ini berlaku."

Itulah kata pelakon Diana Danielle, 33, dimana dia menganggap tindakan suami yang juga pelakon, Farid Kamil, 43, sebagai memualkan apabila tidak mahu melafazkan cerai pada sebutan kali kedua kes cerai mereka.

Klik untuk gambar besar

Diana ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, berkata, dia yang terus bert£gas inginkan perceraian itu mahu Farid sedar bahawa rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

"Saya rasa dia perlu faham sudah tiba masanya untuk lepaskan saya. Tiada alasan dan percubaan lagi. Berpijaklah di bumi yang nyata, lepaskan dan jangan zalimi saya lagi. Saya rasa semua ini buang masa sebab tiada apa yang akan berubah, malah hidup akan diteruskan seperti biasa.

"Saya akan hadir ke mahkamah dan mahu mendapatkan apa yang saya mahu iaitu perceraian. Ceraikan saya, itu sahaja. Saya terima semua ini, tetapi kenapa dia mahu lakukan cara ini. Kalau boleh kita jangan terus tambah dosa. Benda sudah tidak lagi berjalan dengan baik, dan tidak adil pada antara satu sama lain," ujarnya.
Hari ini, mahkamah di sini memerintah Diana dan Farid melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas pelakon itu enggan menceraikan isterinya.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin mengeluarkan perintah itu selepas Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: