16 December 2024
PUNYAI IMPIAN TUBUHKAN RUMAH PERLINDUNGAN - JAMAL ABDILLAH PERLUKAN RM2 JUTA
Semua orang mempunyai impian termasuklah penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 65, dimana dia mahu menubuhkan rumah perlindungan yang dinamakan Rumah Kekasih Awal Dan Akhir dan matlamatnya itu adalah untuk menjaga anak-anak yatim, ibu tunggal dan ibu bapa ditinggalkan yang tidak diberi kasih sayang oleh anak-anak mereka.
"Perkara ini memang berada dalam diri. Saya cuma tiada modal dan beberapa perkara lain untuk melaksanakannya. Rumah ini memang istimewa untuk golongan ini. Itulah sebabnya saya letakkan nama Rumah Kekasih Awal Dan Akhir.
"Tapaknya sudah ada iaitu di Bukit Merah, Taiping. Saya perlukan lebih RM2 juta untuk tujuan ini. Saya nak sediakan van, sekolah dan kemudahan lain yang bersesuaian. Untuk permulaan saya sasarkan nak kumpulkan 20 orang terlebih dahulu.
"Biarlah buat dari kecil. Saya minta semua doakan saya diberikan kesihatan yang baik dan rezeki agar dapat buat perkara ini," jelasnya.
Pada Julai lalu, Jamal memaklumkan, dia telah mengalami kerug1an sebanyak RM2 juta apabila sebuah syarikat pelaburan yang disertainya gagal membayar dividen dan memulangkan semula wang pelaburan kepadanya.
"Hasil pelaburan itu kalau ada, adalah. Kalau tiada, agaknya dah Tuhan tentukan begitu bukan rezeki kita. Apapun ada cara-cara lain untuk mengatasinya. Insya-Allah akan dapat balik nanti.
"Bagi saya, tahun ini adalah tahun yang sangat memberangsangkan dari segi rezeki wang, rezeki akan dapat anak baru dan rezeki bisnes. Alhamdulillah," kata pelakon filem 'Azura' itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment